Saturday, June 2, 2018

ZAHID'S MEN WILL SEIZE POWER AT UTUSAN

Taufek & Basir

ISN'T this a joke?

Utusan lodging a police report against their OWN STAFF?

That shows how desperate their editors are, trying desperately to hang on to their job.

They can do whatever they want, Zahid Hamid's operators will run them aground sooner than they would expect.



Jabatan Pengarang Utusan buat laporan polis terhadap Taufek, Basir
03 Jun 2018 7:00 AM

KUALA LUMPUR 3 Jun - Jabatan Pengarang Utusan Melayu (Jabatan Pengarang) telah membuat laporan polis terhadap NUJ Cawangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah dalam portal berita, Malaysiakini pada 30 Mei lalu.

Laporan polis itu dibuat oleh wakil Jabatan Pengarang di sebuah balai polis, di sini semalam.

Langkah itu diambil selepas tuntutan Jabatan Pengarang supaya Presiden NUJ Cawangan Utusan Melayu, Taufek Razak dan Setiausahanya, Basir Abu Bakar menarik balik semua dakwaan, memohon maaf serta melahirkan rasa kesal, tidak dibuat dalam tempoh 24 jam yang diberikan Jabatan Pengarang.

Oleh itu, Jabatan Pengarang menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk mencari keadilan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Jabatan Pengarang memandang serius dakwaan NUJ Cawangan Utusan Melayu itu yang disiarkan dalam Malaysiakini bahawa kerugian Utusan selama ini berpunca daripada ‘mismanagement’ barisan pemimpin pengarang, termasuk salah laku dan amalan rasuah.

Menurut laporan Malaysiakini itu, semua dakwaan tersebut terkandung dalam memorandum kesatuan terbabit bertarikh 26 Mei 2018 yang dihantar kepada Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysiakini dalam laporan berita yang sama juga memetik Taufek mengesahkan kewujudan dan penyerahan memorandum itu kepada Zahid.

Jabatan Pengarang juga mempersoalkan niat NUJ Cawangan Utusan Melayu yang melihat kepemimpinan Jabatan Pengarang sebagai gagal memenangkan Barisan Nasional dan UMNO (pada Pilihan Raya Umum ke-14), seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Kesemua dakwaan tersebut adalah fitnah, tidak bertanggungjawab, tidak bermoral dan didorong oleh anasir luar dan pihak tertentu yang mahu menguasai serta memudaratkan perniagaan Utusan Melayu.

Pada 15 Mei 2018, jurucakap NUJ (Taufek dan Basir) juga telah mengeluarkan kenyataan kepada FMT mendesak UMNO melepaskan pegangan saham dalam Utusan.

Ini bukanlah kali pertama gesaan seumpama itu dibuat oleh pihak tertentu dalam NUJ. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jabatan-pengarang-utusan-buat-laporan-polis-terhadap-taufek-basir-1.684301#ixzz5HLHZCAg8
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment